Musim “Back to School” telah bermula. Anak-anak bersemangat minta dibelikan
barangan serba baru. Namun, sesi beli-belah kelengkapan sekolah memberi tekanan
hebat buat ibu bapa pada musim kali ini. Mana tidaknya, dengan keadaan ekonomi
masa kini, ibu bapa berdepan dengan cabaran perbelanjaan barang dapur dan
rumah. Ada keluarga yang tiada lagi lebihan untuk diperuntukkan bagi membeli
keperluan lain seperti kelengkapan persekolahan anak2.
Tekanan dan bebanan amat terasa. Tak semua anak dapat serba baru, tak semua
anak dapat apa yang perlu. Ada ibu bapa yang akan terpaksa melepaskan anak-anak
mereka ke sekolah nanti dengan serba kekurangan. Hati meronta, meraung sehabis
mahu, tak siapa yang tahu.
Anak-anak yang ke sekolah serba kekurangan pasti punya rasa rendah diri,
hilang keyakinan diri dan boleh mengganggu emosi. Pasti mereka juga tidak mahu
ketinggalan di dalam pelajaran, tetapi masalah keluarga ini akan tetap memberi
kesan.
JOM PEDULI! Jom sama-sama bantu PERJUANGAN ibu bapa yang
menghadapi kesukaran untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak2. Kempen “FIGHT
BACK TO SCHOOL FUNDRAISING” anjuran PERTUBUHAN PEDULI MASYARAKAT KINTA
PERAK dilancarkan di atas permintaan orang ramai bagi membantu keluarga yang
sedang berjuang untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak2.
Permohonan diterima daripada seluruh Malaysia.
Ada permohonan daripada ibu
bapa yang OKU, ibu tunggal yang menanggung ramai anak, ibu bapa yang
berpendapatan jauh di bawah paras kemiskinan, ibu bapa yang menanggung keluarga
yang besar, ibu bapa yang berdepan juga dengan kos rawatan kesihatan, dan
pelbagai lagi masalah yang membuatkan mereka berada di dalam beban kewangan
yang sangat berat.
Jom kita bantu ringankan beban mereka.
Kepada keluarga yang masih ada kemampuan, sekiranya ada lebihan setelah
membeli-belah, boleh salurkan RM1 untuk kempen ini. Sekiranya ada yang
ingin menjual atau sedekahkan pakaian sekolah terpakai yang masih di dalam
keadaan baik (termasuklah baju seragam persatuan, kasut sekolah) mohon whatsap
kami di 0175528059.
Semoga Allah membalas insan yang peduli dengan kebaikan berlipat kali ganda
atas keikhlasan membantu meringankan kesusahan keluarga yang di dalam
kesukaran.